Forum INTIS - Merintis Jalan Sunnah Headline Animator

Wednesday, December 30, 2009

Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Was Sifat. Tauhid Tiga Serangkai

Oleh Ustaz Abu Anas Ibn Abd Basir

Akidah tuhan tiga (Trinity) adalah akidah kristian yang menjadikan tuhan kepada tiga iaitu ayah, anak dan malaikat Jibril (Ruh al-Quds). Allah telah mengkafirkan akidah ini dengan firmannya yang bermaksud; ((Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu salah satu dari tiga. Dan tiadalah tuhan kecuali Allah yang Esa (satu) dan jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan pasti orang-orang yang kafir dikalangan mereka akan ditimpakan azab yang maha pedih)). Surah al-Maidah; 73.


Adapun pembahagian tauhid kepada tiga ianya adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah seluruhnya. Yang mana para mukminin ini mengimani ketiga-tiga tauhid ini (Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Was Sifat)!


Tauhid Rububiyyah; pengangan yang pasti dan kukuh bahawa Allah sahajalah pencipta, pemberi rezeki, menghidupkan, mematikan, mentadbir sekalian urusan makhluk tanpa ada sekutu bagi Allah dalam urusan-urusan tersebut.


Tauhid Uluhiyyah; mengesakan Allah taala dengan penuh rendah diri, kecintaan, kekhusyukan dalam sekalian bentuk ibadah yang tiada sekutu baginya.


Tauhid Asma Was Sifat; mengimani dengan penuh keyakinan nama-nama dan sifat-sifat Allah yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Dan menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah itu tanpa Tahrif (merubah), tanpa Taktil (menolak dan menafikan), tanpa Takyif (menyoal kaifiyat) dan tanpa Tamsil (menyamakan).Sila lihat pendetailan perkara ini dalam : http://saifulislam.com/?p=341 bagi mengelakkan tulisan ini menjadi terlalu panjang.


Saya suka meringkaskan penjelasan tentang pembahagian tauhid kepada tiga ini dalam nota-nota penting yang berikut;


1) Pembahagian ini hanyalah bermaksud menjelaskan akidah dan pegangan umat islam yang sebenarnya dan setiap pecahannya itu telah didatangkan contoh-contohnya dalam al-Quran al-Karim juga hadis Nabi yang soheh. Ianya tidak bermaksud bahawa Allah itu ada tiga! Maha suci Allah daripada sebarang kesyirikan!


2) Tauhid itu membawa maksud pengesaan kepada Allah dalam semua perkara. Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Was Sifat.


Sumber : lobaitampin.blogspot.com

Karya ulama agung boleh dinilai..

Prof Dr Mohammed Abullaith menyatakan bahawa perlu wujud perbezaan antara ‘taqdis’ (penyucian) dan juga ‘ihtiram’ (penghormatan). Adalah suatu salah faham jika sesetengah orang meletakkan konsep ‘taqdis’ kepada ulama’ kerana ulama’ bukanlah satu entiti yang agung. ‘Taqdis’ hanya layak pada Allah dan RasulNya. Sedangkan buat ulama’, ‘ihtiram’ yang perlu ditekankan.

sumber : drmaza.com

Dr. Yusuf Al Qaradawi

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi is the head of the European Council for Fatwa and Research (ECFR), and the president of the International Association of Muslim Scholars (IAMS).

More About Sheikh Al-Qaradawi:

Sheikh Al-Qaradawi was born in Egypt in 1926. He learned the Qur’an by heart when he was less than 10 years. He joined Al-Azhar Institutes for his primary and secondary stages. Then he joined the Faculty of Theology and got the `Aliyya certificate (equivalent to BA degree at present) in 1952-53. He got also the 'Ijaza of teaching from the Faculty of Arabic Language in 1954.

In 1960 he obtained the High Preliminary Study which is equivalent to MA degree from the department of the Sciences of Qur’an and Hadith at the Faculty of Theology. In 1973 he got the PhD. degree with his dissertation about Az-Zakah wa-Atharuha fi Hall al-Mushkilat al-Ijtima`iyya (Zakah and its Influence in the Solution of Social Problems.)

He worked as a khatib, teacher, and writer at Al-Awqaf and Al-Azhar. He has published over 100 books dealing with various aspects of Islamic life, literature and poetry. His best known books include: The Lawful and the Prohibited in Islam, Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase.

Many scholars consider him to be a mujtahid of the Modern Age. He has been active in the field of da`wah and the Islamic Movement for more than half a century.

Source : islamonline.net

Salam alaikum

Bagaimana hendak belajar mencintai Allah swt ?

- Bacalah Al Quran...Fahami isinya. Kerana Al Quran adalah kalam Allah. Kata2 Allah untuk seluruh manusia dan juga jin. Ketika membacanya, bayangkanlah seolah- olah Allah sedang berkata-kata kepadamu.. Wallahu a'lam.